Pendekatan bersasar SST mulai 1 Julai tidak bebankan rakyat terbanyak – MOF

NORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN
09 Jun 2025 06:23pm
Masa membaca: 2 minit

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani mengambil pendekatan bersasar dalam pelaksanaan semakan semula Cukai Jualan (CJ) serta memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan (CP) bagi memastikan orang ramai tidak terbeban dengan pelaksanaan cukai tersebut bermula 1 Julai ini.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semakan semula cukai berkenaan bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.

No Image Caption

 

Menurutnya, secara am, semakan kadar CJ dan peluasan skop CP merangkumi kadar CJ kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat, kadar CJ sebanyak lima peratus atau 10 peratus dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas.

Katanya, langkah itu penting bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak.

 

No Image Caption

 

“Semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah melalui proses libat urus bersama pihak berkepentingan, khususnya persatuan industri dan ejen percukaian.

“Penyediaan perundangan turut mengambil kira maklum balas serta input industri bagi memastikan majoriti rakyat tidak terjejas dan kesan terhadap pihak industri dapat diminimumkan,” katanya pada Isnin.

No Image Caption

 

Beliau berkata, kerajaan komited untuk meneruskan pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi Madani.

“Bagi memastikan rakyat terbanyak tidak terkesan daripada semakan semula SST, kerajaan mengambil pendekatan yang bersasar untuk memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai.

“Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya.

 

No Image Caption

 

Ujar Amir Hamzah, bagi melengkapi usaha Kerajaan Madani untuk merancakkan ekonomi dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial, hasil tambahan daripada penambahbaikan SST ini akan membolehkan inisiatif penambahbaikan lanjut dalam perkhidmatan awam.

“Langkah itu khususnya membolehkan peningkatan jumlah bantuan tunai kepada rakyat serta memperkukuh prasarana asas dan penyampaian perkhidmatan awam.

“Tambahan hasil ini dapat dimanfaatkan seluruh negara tanpa menambah beban kepada majoriti rakyat,” tambah beliau.

 

No Image Caption

 

Skop kenaan CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Peluasan tersebut disertakan dengan pengecualian terpilih untuk mengelakkan cukai berganda serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.

 

No Image Caption

 

Pada November, Amir Hamzah berkata inisiatif perluasan cukai jualan dan perkhidmatan dijangka menjana pendapatan RM51.7 bilion pada 2025.

Ia mewakili tambahan pendapatan RM5 bilion berbanding kutipan SST yang diunjurkan RM46.7 bilion.

 

No Image Caption

 

Jelas Amir Hamzah, kerajaan juga mengambil kira keperluan bagi pematuhan perundangan kepada syarikat yang akan tertakluk kepada SST.

“Sehubungan itu, bagi syarikat yang mengambil tindakan untuk mematuhi syarat perundangan SST yang ditetapkan, tiada tindakan pendakwaan dan penalti akan dikenakan sehingga 31 Disember 2025,” katanya

 

References from: Pendekatan bersasar SST mulai 1 Julai tidak bebankan rakyat terbanyak – MOF – Sinar Harian

Compare listings

Compare