Kenaikan Duti Setem Untuk Perjanjian Sewa/ Pajakan 2025

  • Jenny Wong by Jenny Wong
  • 4 months ago
  • News
  • 0

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan duti setem untuk perjanjian sewa dan pajakan hartanah yang telah berkuatkuasa sejak 1 Januari 2025 lalu.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil negara dan menyesuaikan kadar duti setem dengan nilai pasaran semasa.

Apa itu Duti Setem?

Duti setem adalah cukai yang dikenakan ke atas dokumen perjanjian tertentu, termasuk perjanjian sewa dan pajakan. Ia bertujuan untuk memberikan dokumen tersebut kesahihan undang-undang dan menjadikannya boleh diterima sebagai bukti mahkamah.

Bagi surat cara/ perjanjian sewa atau pajakan hartanah, duti setem dikira berdasarkan nilai sewa tahunan hartanah tersebut.

Perubahan Duti Setem Yang Diumumkan

Bermula 1 Januari 2025, kadar duti setem akan dinaikkan untuk perjanjian sewa dan pajakan mengikut tempoh sewa yang tertentu. Berikut adalah kadar baru yang telah diumumkan:

Tempoh sewa Kadar Sewa atau Pajakan
< 1 tahun RM 1 bagi setiap RM250 atau sebahagian daripada RM250
> 1 – 3 tahun RM 3 bagi setiap RM250 atau sebahagian daripada RM250
> 3 – 5 tahun RM 5 bagi setiap RM250 atau sebahagian daripada RM250
> 5 tahun RM 7 bagi setiap RM250 atau sebahagian daripada RM250
Jadual 1: Kadar Berdasarkan Tempoh Sewa

Formula Pengiraan Duti Setem 2025

Kira Purata Sewa Tahunan

Formula Pengiraan Purata Sewa Tahunan
  • Di mana;
  • S = Sewa Bulanan
  • T = Tempoh dalam ulan
  • n = nombor kadar berikutnya (Untuk sewaa dengan kadar yang berlainan)

Kira Duti Setem

Formula Duti Setem 2025

Contoh Pengiraan

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, berikut adalah contoh pengiraan duti setem sewaan yang terkini;

  • Sewa Bulanan = RM2,200
  • Tempoh Sewaan = 3 tahun
  • Sewa Tahunan = RM2,200 x 12 = RM26,400
  • Kadar Duti Setem = RM3 bagi setiap RM250

Jadi,

  • RM26,400 / 250 = RM105.6 (Dibundarkan menjadi 106)
  • Duti Setem = 106 x RM3 = RM318

Oleh itu, duti setem yang perlu dibayar ialah RM318.

Bayaran setem untuk salinan adalah bayaran tetap sebanyak RM10.

Pengiraan Duti Setem Yang Dikenakan

Perbandingan dengan pengiraan lama;

[(2,200 x 12) – 2400]/ 250 x RM2 = RM192

Dua salinan perjanjian sewa: RM192+ RM10 = RM202

Kenaikan ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM126 untuk tempoh seaan 3 tahun dengan sewa bulanan RM2,200.

Penalti Penyeteman Lewat

Selain daripada perubahan kadar duti setem, kerajaan juga telah mengumumkan perubahan kepada penalti bagi penyeteman lewat dokumen.

Penalti ini dikenakan jika dokumen perjanjian tidak disetemkan dalam tempoh 30 hari selepas ditandatangani (atau 30 hari selepas tiba di Malaysia untuk dokumen luar negara). Berikut adalah perbandingan kadar penalti:

Tempoh Lewat Penyeteman Penalti Sebelum 2025 Penalti Mulai Januari 2025
< 3 bulan RM25 atau 5% daripada jumlah tertunggak duti setem RM50 atau 10% daripada jumlah tertunggak duti setem
> 3 bulan atau
< 6 bulan
RM50 atau 10% daripada jumlah tertunggak duti setem RM100 atau 20% daripada jumlah tertunggak duti setem
> 6 bulan RM100 atau 25% daripada jumlah tertunggak duti setem RM100 atau 20% daripada jumlah tertunggak duti setem
Jadual 2: Penalti Penyeteman Lewat. *Amaun yang perlu dibayar hendaklah mengikut mana yang lebih tinggi

Impak kepada Penyewa dan Pemilik Hartanah

Kenaikan duti setem ini dijangka memberi kesan kepada kedua-dua pihak penyewa dan pemilik hartanah.

  1. Penyewa: Kos keseluruhan untuk menyea hartanah meningkat kerana duti setem biasanya ditanggung oleh penyewa.
  2. Pemilik hartanah: Pemilik hartanah mungkin perlu lebih teliti dalam menyusun perjanjian untuk memastikan ia mematuhi undang-undang yang baharu.

Kesimpulan

Kenaikan duti setem untuk perjanjian sewa dan pajakan mulai 1 Januari 2025 merupakan langkah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam transaksi hartanah. Dengan perancangan dan persediaan yang betul, anda boleh menguruskan kesan perubahan ini dengan lebih berkesan. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat profesional sekiranya anda memerlukan panduan lanjut.

Adakah anda sudah bersedia untuk perubahan ini? Kongsi pandangan anda dalam ruangan komen!

 

Arkitel daripada: Kenaikan Duti Setem Untuk Perjanjian Sewa/ Pajakan 2025

Join The Discussion

Compare listings

Compare